TUF Bateri Tanjung Chat, Kota Bharu
Bateri lemoh?
Mari singgah TUF.
Kito pasang free, periksa pun free. Kereta tok leh hidup? Kecek je, kami gi tolong.
011-6956 5800Sabtu - Khamis, 9 pagi - 6 petang. Jumaat tutup.
- Pasang percuma di kedai atau lokasi anda, bayar harga bateri sahaja
- Periksa percuma bateri & alternator
- Datang ke lokasi percuma, seluruh Kelantan
- Tukar bateri lama dapat potongan harga
Jiran anda sejak 2018.
TUF dah jual dan pasang bateri kereta untuk orang Kota Bharu sejak 2018. Kedai kami di Tanjung Chat, depan sekolah SMKKB.
Bateri lemah pagi-pagi, nak balik kampung, atau sekadar nak periksa? Singgah kedai atau WhatsApp kami. Kami layan macam jiran sendiri.
Gapo kito buat
Jual bateri kereta
Pelbagai jenama dan saiz untuk kereta anda.
Pasang percuma
Di kedai atau di lokasi anda, tiada caj pemasangan.
Kami datang ke lokasi
Kereta tak boleh hidup? WhatsApp lokasi anda. Kami datang dan pasang percuma, bayar harga bateri sahaja.
Periksa & cas bateri percuma
Periksa bateri dan sistem cas (alternator), percuma. Bateri pelanggan TUF kong sebab lupa tutup lampu? Kami cas percuma.
Tukar bateri lama
Dapat potongan harga bila tukar bateri lama. Bateri skrap pun kami beli.
Harga pomen
Harga khas untuk pomen dan bengkel.
Lagu mano nok tukar bateri?
WhatsApp kami
Beritahu model dan tahun kereta anda.
Kami sahkan
Kami cadangkan saiz dan beri harga.
Siap dipasang
Di kedai kami, atau di lokasi anda.
Kerja kami
Petua jago bateri
Sikit ilmu dari kami, supaya kereta tak buat hal di tengah jalan.
Tanda bateri nak lemah
Enjin lambat hidup, lampu malap masa start, atau lampu bateri di dashboard menyala. Periksa awal, jangan tunggu kereta mati.
Berapa lama bateri tahan?
Lazimnya 2 hingga 3 tahun, bergantung pada cara kereta digunakan.
Lupa tutup lampu, bateri kong?
Jangan terus beli baru. Selalunya bateri masih elok, cuma perlu dicas. Bawa ke kedai, kami periksa dulu.
Jaga terminal
Serbuk putih atau hijau pada terminal tanda karat. Bersihkan dan pastikan klip bateri ketat.
Sebelum balik kampung
Singgah kedai dulu. Kami periksa bateri dan sistem cas kereta anda, percuma.
Jenama bateri yang kami jual
Waranti ikut jenama bateri. Simpan resit anda.
- Amaron
- Tuflong
- KwikPart
- Hitec
- DieHard
- CWorks
- GBI
- Century
- Marshall
Tok tahu saiz bateri kereta demo?
Cari ikut model kereta di halaman harga, atau hantar model dan tahun kereta anda di WhatsApp. Kami cadangkan bateri yang sesuai.
Waktu, lokasi & kawasan
Waktu operasi
| Sabtu - Khamis | 9:00 pagi - 6:00 petang |
| Jumaat | Tutup |
Kedai kami
- Depan sekolah SMKKB
- 5605-D, Jalan Long Yunus, Wakaf Mek Zainab, 15300 Kota Bharu, Kelantan
- 011-6956 5800
- tufbattery@gmail.com
Cari "TUF Bateri Tanjung Chat" di Google Maps atau Waze.
Kami datang ke seluruh Kelantan
- Kota Bharu
- Pasir Mas
- Tanah Merah
- dan lain-lain
Datang dan pasang percuma, bayar harga bateri sahaja. WhatsApp lokasi anda dulu, kami maklumkan bila boleh sampai.
Soalan yang selalu ditanya
Bagaimana nak tahu saiz bateri kereta saya?
WhatsApp kami model dan tahun kereta anda, atau gambar bateri lama. Kami cadangkan saiz yang sesuai.
Adakah pemasangan percuma?
Ya, di kedai atau di lokasi anda. Bayar harga bateri sahaja.
Boleh datang ke lokasi saya?
Boleh, di seluruh Kelantan, termasuk Kota Bharu, Pasir Mas dan Tanah Merah. Datang dan pasang percuma, bayar harga bateri sahaja. WhatsApp lokasi anda di 011-6956 5800 dan kami akan maklumkan bila kami boleh sampai.
Ada waranti?
Ada. Waranti ikut jenama bateri. Simpan resit anda untuk tuntutan waranti.
Bateri kong sebab lupa tutup lampu. Kena tukar baru ke?
Belum tentu. Selalunya bateri masih elok dan cuma perlu dicas. Bawa ke kedai, kami periksa dulu. Untuk pelanggan TUF, cas bateri percuma.
Ada potongan harga untuk bateri lama?
Ada. Bawa bateri lama anda semasa tukar bateri baharu. Kami juga membeli bateri skrap.
Cara bayaran?
Tunai atau pindahan bank.
Bila kedai dibuka?
Sabtu hingga Khamis, 9 pagi hingga 6 petang. Jumaat tutup.




